jenis kanta lekap dan cara pemakaian

Loading...

Jumaat, 2 April 2010

tip menjaga kanta lekap anda

Remaja zaman sekarang amat gemar memakai kanta lekap kerana ia menampakkan elegen dan menarik. kami akan memberikan tip untuk memastikan mata anda sihat sepanjang masa ketika memakai kanta lekap..
  1. basuh tangan sehingga bersih sebelum memegang atau memakai kanta lekap.
  2. jauhkan pelekat bulu mata palsu, pengilat kuku, dan pewangi daripada kanta lekap kerana barang-barang berkenaan boleh merosakkan kanta lekap.
  3. dapatkan nasihat daripada penasihat Optometri terlebih dahulu sebelum menukar kanta lekap.
  4. jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya.
  5. jangan menggunakan air paip untuk membersihkan kanta lekap.
  6. elakkan menggunakan losyen tangan sebelum memakai kanta lekap kerana ia akan meninggalkan selaput pada kanta lekap berkenaan.
  7. jumpa penasihat Optometri sekurang-kurangnya enam bulan sekali walaupun anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan kanta lekap anda.
  8. jangan memakai kanta lekap melebihi 6 jam dan dielakkan memakai kanta lekap semasa tidur.
  9. pegang kanta lekap dengan perlahan apabila memakai dan membasuhnya kerana kanta lekap nipis dan mudah koyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan